Wednesday, 13 September 2017

KHASIAT LUBAN@KEMENYAN ARAB


Dibawah ini adalah antara KHASIAT dan KELEBIHAN LUBAN ATAU KEMENYAN ARAB :

1. Mengubati penyakit lupa terutama di kalangan golongan muda kerana faktor pemakanan dan persekitaran masa kini.

2. Amat bagus untuk otak dan sesuai sebagai makanan tambahan minda untuk kanak-kanak atau pelajar serta hafazan.

3. Turut membantu memperkuatkan penglihatan.

4. Membantu memperkuatkan organ perut.

5. Membantu mengurangkan kahak

6. Amat bagus memperkuatkan tulang

7. Turut membantu mengeluarkan angin dalam badan

8. Membantu memperkuatkan fungsi otak.

9. Turut membantu melawaskan pembuangan air kecil

10. Membantu membersihkan hati

11. Membantu melancarkan pertuturan. dengan membantu meringankan penggunaan lidah.

12. Amat bagus di makan oleh ibu hamil.

13. Membantu mengurangkan kolesterol.

14. Turut menghentikan penyebaran sel kanser


CARA-CARA MAKAN LUBAN ATAU KEMENYAN ARAB

1. Ambil 3 ulas Iuban atau kemenyan arab dan kunyah. Pahit luban itu menjadi ubat untuk tubuh.

2. Rendam 3 biji luban di dalam air kosong sebelah malam sebelum tidur. Pagi esok minum air ini sebaik sahaja bangun tidur.

3. Makan luban atau kemenyan arab dengan mencicah ke dalam madu asli sebagai makanan tambahan di waktu pagi.

4. Luban juga boleh ditambah di dalam kopi.

5. Untuk makanan kecerdasan minda anak, tambah luban ke dalam minuman coklat atau susu kegemaran anak-anak anda.

6. Harus Diingatkan disini, luban lebih bagus dikunyah seperti coklat getah untuk khasiat yang lebih bagus dan sempurna. Selepas dikunyah, sila buang sisa luban tersebut yang telah menjadi kenyal kerana bimbang ia menggangu usus atau sistem penghadaman anda.

7. Luban atau kemenyan arab juga dikenali sebagai 'chewing gum' atau gulagula getah arab.


Dikatakan juga bahawa luban atau kemenyan arab di amalkan oleh IMAM SYAFIE yang amat terkenal dengan daya ingatan beliau yang amat kuat, sehingga akhir hayat beliau. Dikisahkan bahawa semasa kematian IMAM SYAFIE yang masyur itu masih ditemukan sisa-sisa luban di celah gigi IMAM RAHIMULLAH ini.

Malah IBNU SINA , Ahli perubatan ARAB yang popular mengesyorkan LUBAN atau kemenyan arab sebagai ubat untuk tumor, bisul, muntah dan demam.

Di BARAT atau EROPAH, LUBAN atau KEMENYAN ARAB ini lebih dikenali sebagai FRANKINCENSE.

Minyak pati Frankincense amat popular digunakan sebagai bahan semulajadi yang berguna untuk kesihatan dan merupakan antara minyak pati yang mahal dan paling popular di kalangan peminat minyak pati itu sendiri.

Salah seorang herbalist yang saya kenali pernah memberitahu Iuban juga boleh menyembuhkan sakit belakang dan juga menyembuhkan tulang yang bengkok menjadi lurus kembali. Wallahualam.


Bagi anda yang menghadapi banyak masalah kesihatan, sila tambahkan luban dalam diet harian anda.

No comments:

Post a Comment