“Sesiapa Yang Ingin Menghafal Hadith Hendaklah Ia Kerap Memakan Anggur Kering”
-Imam Zuhdi
Pada Riwayat Lain Dari Abi Ja’far At-thusi Disebutkan Bahwa:
"Kismis Dapat Menghilangkan Lendir Dan Menyihatkan Jiwa”
InsyaAllah Boleh Membantu Meningkatkan Kecerdasan Minda Yang Lemah Dan Pelupa..
Digalakkan Untuk Mereka Yang Menghafal Al-Quran Dan Untuk Pencapaian Cemerlang Dalam Pelajaran..
Antara Khasiatnya ialah
1. menguatkan daya ingatan
2. mengubati penyakit lupa
3. mencerdaskan minda
4. memutuskan balgham
5. membersihkan hati
6. mencerahkan mata
Kismis adalah buah anggur yang dikeringkan. Penggunaan kismis (vitis vinifera) dalam pelbagai tradisi dan budaya mungkin berbeza di antara satu sama lain. Namanya juga berbeza di antara pelbagai budaya dan bahasa. Ia boleh dimakan mentah mahupun digunakan dalam masakan dan pembuatan kek.
Kismis sangat manis disebabkan kepekatan gula yang tinggi dan sekiranya ia disimpan terlalu lama, maka gulanya akan membentuk kristal di dalam buahnya. Ini menyebabkan buahnya mengecut tetapi tidak menjejaskan kegunaanya.
Sebanyak 60% berat kismis terdiri daripada gula, di mana separuh darinya adalah fruktosa dan separuh lagi adalah glukosa. Kismis sangat tinggi kandungan antioksidannya berbanding buah prune dan aprikot.
Kismis telah lama digunakan sebagai sumber diet bagi mendapatkan asid lemak perlu dan tokoferol sebagai antioksidan.
Posted via Blogaway
Thursday, 19 January 2017
AL FATEH GENIUS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment