Wednesday, 30 October 2013

PERANAN MAB UNTUK MENDAPATKAN ZURIAT

BAGAIMANA PERANAN MAB MENYUBURKAN PERANAKAN UNTUK MENDAPAT ZURIAT

Biasanya orang yang mempunyai masalah period/senggugut adalah sukar untuk mengandung. Berkemungkinan orang seperti ini mempunyai masalah dalaman pada peranakan seperti terdapatnya blocking pada peranakan seperti period yang tidak keluar habis / keputihan. Keadaan seperti ini akan menghalang perjalanan sperma lelaki dari salur peranakan (faraj) menuju ke rahim untuk bercantum dengan benih perempuan (ovum/telur).

Dengan mengamalkan MAB, ianya akan mengeluarkan kembali darah period lama (berwarna hitam/coklat) dan lemak (berwarna keputihan) supaya proses perjalanan sperma lelaki tidak tersekat seterusnya tempoh persenyawaan dengan ovum/telur terjadi lebih cepat.
Dengan itu proses penghamilan dapat diikhtiar dengan pengambilan MAB. Cara pengambilan adalah seperti berikut;

1) Cara makan adalah sama seperti kaedah untuk family planning

2) Makan MAB sehingga mendapat period yang regular setiap bulan

3) Kekalkan makan beberapa bulan lagi sehingga yakin peranakan kukuh (tandanya period datang regular setiap bulan selepas stop ambil MAB)

4) Apabila sudah mendapat tahap di para 3), berhenti ambil
MAB/teruskan ambil MAB tapi tidak lagi mengikut disiplin masa.

5) Bersama sehingga mendapat hasil (tawakkal & berdoa kepada Allah dikurniakan zuriat )

Kehamilan berlaku apabila sperma bergabung dengan ovum/telor, dengan itu kedua-duanya mesti hadir pada masa yang sama dalam rahim untuk melakukan persyenyawaan.

Sperma dihasilkan secara berterusan dalam sistem pembiakan lelaki/testis. Sperma bukanlah air mani . Sperma dan air mani adalah benda yang berbeza. Untuk mudah difahami sperma adalah benih lelaki yang dihasilkan di dalam air mani. Sperma adalah sel paling kecil yang dihasilkan dalam badan lelaki manakala ovum adalah sel yang paling besar yang dihasilkan dalam badan wanita. Terdapat 500 juta sperma sebelum proses persenyawaan berlaku tetapi hanya 1 saja yang berjaya bersatu dan bersenyawa dengan dengan ovom.

Untuk membantu proses kehamilan , benih perempuan perlu berada dalam proses ovulasi. Ovulasi berlaku apabila ovum /telor telah matang dibebaskan dari ovari bergerak memasuki tiub fullopia untuk melakukan persenyawaan. Ovum/telor ini mampu hidup selama 12 - 24 jam selepas meninggalkan ovari. Hanya satu ovum /telor akan dibebaskan setiap kali berlakunya proses ovulasi.

Untuk hamil sperma lelaki perlu masa yang cepat untuk bergerak merentasi faraj wanita untuk bersenyawa dengan ovum/telur . Ini adalah kerana umur sperma lebih pendek daripada umur ovum/telur. Kebanyakkan dalam perjalanan itu sperma terbunuh dengan cepat. Sperma mendapat sedikit perlindungan dari cecair seminal yang menyelitupinya, tetapi ia terlalu lemah bagi berenang melepasi lendir faraj yang pekat dan berasid. Jika salur perakan tersumbat dengan darah period/nifas, sperma lagi cepat akan musnah. Keadaan ini menyukarkan untuk proses kehamilan. MAB berperanan dalam memelihara peranakan/faraj untuk meningkatkan kealkalian cecair dalam salur peranakan yang dimaksudkan sebagai kesuburan. Keadaan ini boleh berlaku dimana faraj wanita membuat perlindungan istimewa kepada cecair seminal yang menyelitupi sperma. Keadaan ini berlaku hanya sekali dalam sebulan faraj wanita membantu sperma lepas masuk dalam rahim dengan menghasilkan lendir yang jernih, melekit yang baik bagi membantu sperma berenang melepasinya. Ini berlaku semasa ovulasi. Proses untuk hamil adalah tinggi pada peringkat ini.

Peranan MAB adalah membersihkan saluran peranakan (servik) daripada darah kotor period/nifas lama dengan menyah keluar darah tersebut. Tanda saluran peranakan ini telah didetox adalah keluarnya darah hitam yang tidak menentu terutamanya bagi wanita yang baru mengambil MAB. Keadaan ini juga dikenali sebagai healing crisis sehinggalah salur peranakan tersebut telah dicuci sepenunya oleh MAB. Selepas daripada itu, period akan jadi normal dimana tahap ini ia telah mencapai tahap ke serasian dengan MAB. Tujuan proses tersebut adalah untuk memberi laluan kepada sperma memudahkan ia berenang merentasi cecair dalam servik untuk cepat sampai ke rahim, bertemu dengan ovum. MAB bertindak sebagai pemangkin kepada sperma dengan membersihkan laluan servik membolehkan sperma hadir dengan cepat kei rahim. Jika salur servik tersumbat, cecair dalam servik akan menjadi lebih berasid. Ini akan memusnahkan sperma dan kemungkian hayatnya akan luput di tengah jalan kerana perjalanan yang lama dengan halangan darah kotor akhirnya hayatnya luput sebelum ia sempat sampai ke rahim. Dengan ini kehamilan pasti tidak akan berlaku.

MAB memainkan peranan penting untuk membantu proses kehamilan. Salah satu fungsi MAB adalah meningkatkan keintiman seksual . MAB membantu untuk mencapai puncak kenikmatan (ogams/klimak/inzal) dalam hubungan seksual. Ogams adalah perkara yang baik kerana selepas itu tubuh menghasilkan cecair yang menjadikan persekitaran faraj lebih berakali, yang membantu mengekal hayat sperma untuk melakukan persenyawaan . Kemutan yang berlaku selepas ogams berfungsi membantu sperma memasuki pangkal rahim MASUK ke dalam rahim dan membuka peluang sperma berada bersama ovum/telor bagi memulakan proses persenyawaan/hamil.

Ambil makanan beralkali tinggi untuk meningkat environment alkali membantu ovum/ telur & sperma bersatu. Badan memerlukan 80% kealkalian dan 20 % keasidan untuk membantu proses kehamilan yang baik. Keasidan yang lebih 20% akan memusnahkan sperma & ovum. Elakkan makanan berkafin untuk mengelak ovum & sperma musnah. Ambil makanan beralkali tinggi seperti susu kambing, habbatus sauda , air zam-zam dan sebagai bagi meningkatkan kealkalian dalam badan bagi menyokong kehamilan.

No comments:

Post a Comment